Laman web ini dikendalikan oleh IFCMARKETS. CORP. (BVI FSC)

Log masuk ke Profile

Untuk log masuk ke Profile, sila buka halaman Log masuk dan masukkan maklumat berikut:


  • E-mel - alamat E-mel yang digunakan ketika pendaftaran
  • Kata laluam - kata laluan yang dicipita ketika pendaftaran

Klik "Log masuk" untuk log masuk ke Profile.

Pendaftaran Profile

Untuk mendaftar Profile klik pada tombol "Buka Akaun" di atas halaman utama atau klik pada 'Login' di penjuru kanan atas dan kemudian klik 'Pendaftaran'. Borang pendaftaran akan terpapar. Di halaman pendaftaran, sila, lengkapkan dan hantar maklumat peribadi anda yang sah

  • Nama pertama - sertakan nama anda seperti mana yang tertera pada Dokumen pengenalan anda, seperti pasport, lesen memandu, kad Pengenalan atau lain-lain;
  • Nama terakhir - sertakan nama anda seperti mana yang tertera pada Dokumen pengenalan anda, seperti pasport, lesen memandu, kad Pengenalan atau lain-lain;
  • E-mel - e-mel berikut akan digunakan untuk menerima mesej daripada IFC Markets dan akan digunakan sebagai log masuk Profile anda;
  • Kata laluan - kata laluan untuk log masuk ke Profile anda;
  • Ulang Kata laluan - untuk mengelakkan ketika menulis kata laluan oleh kerana abjad yang tidak kelihatan;
  • Negara - negara kediaman anda sekarang;
  • Nombor telefon - Sila, nyatakan kod negara dan kod kawasan jika dimiliki (+XX (XXX) XX-XX-XX).

Selepas menghantar borang berikut (tombol Hantar) sila semak peti emel anda untuk mesej pengesahan* daripada kami. Buka emel dan klik tautan pengesahan.

*Jika anda tidak menerima mesej ini sila hantar permohonan untuk pengesahan emel anda ke support@ifcmarkets.com

Pengesahan E-mel/SMS

Selepas mendaftar Profile di syarikat kami anda perlu mengesahkan e-mel dengan pengesahan e-mel yang dihantar kepada anda. Jika anda tidak menerima e-mel berikut, anda boleh menerima kod pengesahan melalui SMS. Anda hanya perlu menyatakan nombor telefon anda dan klik “Hantar SMS.”

Masukkan kod pengesahan, yang diterima melalui SMS dan klik “Sah”.

Sesudah anda membuat pengesahan anda boleh membuka akaun. Jika anda ingin menggunakan pembayaran Kad unuk pembiayaan, pengesahan e-mel wajib dilakukan.

Anda boleh melakukanny di dalam “Profile” – “Sahkan Profile”. Klik pada “Hantar Pengesahan E-mel” dan sila semak e-mel anda untuk menyempurnakan pengesahan.

Sesudah anda mengesahkan e-mel anda, anda boleh melengkapkan buiran peribadi, Sahkan Profile dan biayaai akaun anda.

Membuka akaun dagangan

Untuk membuka akaun Real bersama IFCMARKETS. CORP. sila masuk ke Profile Anda, klik ‘Akaun’ - ‘Buka Akaun’ dan lengkapkan borang pembukaan akaun:

  • Jenis akaun - memaparkan bahawa Anda membuka akaun Real
  • Platform - Anda boleh membuka akaun di platform dagangan NetTradeX dan MetaTrader 4;
  • Pilih jenis akaun - setiap jenis akaun berbeza pada isi padu dagangan yang dibenarkan, saiz leverage dan jumlah deposit awal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila, lihat halaman Jenis Akaun;
  • Pilih leverage - Saiz leverage boleh dipilih dari 1:1 sehingga 1:400. Sila perhatikan bahawa untuk akaun Standard, maksimum adalah 1:200;
  • Mata wang akaun - Baki akaun boleh dinyatakan dalam dolar AS, Euro dan Yen Jepun.
  • Tarikh lahir (Hanya ketika membuka akaun pertama) - Hari, bulan, tahun kelahiran.
  • Kata rahsia (Tidak kurang dari 5 huruf latin, simbol atau angka. Ini hanya diperlukan ketika membuka akaun Real pertama) - kata ini diperlukan untuk mengubah kata laluan Profil dan akaun Real Anda.
  • Rakan Kongsi rujukan # - Hanya untuk pelanggan yang dirujuk oleh rakan kongsi kami. Jika Anda membuka akaun ini sendiri – biarkan kosong.
  • Baca dan terima dokumen - Anda perlu membaca Persetujuan Pelanggan, Terma dan Syarat dan Amaran Risiko, sesudah itu tandakan ruangan "Saya bersetuju dan Menerima dokumen di atas".

Sesudah menyempurnakan borang berikut, klik pada "Buka akaun baru" untuk meneruskan.

Akaun baru anda akan dibuka serta merta dan butiran akaun akan dipaparkan pada halaman yang sama. Selain itu, butiran berikut akaun dihantar ke E-mel anda. Pastikan anda menyimpan butiran berikut di tempat yang selamat.

Untuk membuka akaun Demo pertama sila masuk ke profil Anda, klik ‘Akaun’ - ‘Buka Akaun’ dan lengkapkan borang pembukaan akaun baru dan selesaikan dengan mengklik tombol 'Buka akaun baru'.

kaun baru anda akan dibuka serta merta dan butiran akuan akan dipaparkan di halaman yang sama. Selain itu, butiran berikut akan dihantar ke E-mel anda. Pastikan anda menyimpan segala butiran berikut di tempat yang selamat.

Menambah akaun sedia ada di terminal dagangan

Untuk menambah akaun (login) sedia ada di platform NetTradeX anda perlu:

  • Muat turun fail pemasangan terminal di PC atau peranti mudah alih anda (jika sudah memasang terminal berikut abaikan langkah ini) dan sempurnakan pemasangannya;
  • Sempurnakan panduan menambah akaun (login) sedia ada.

NetTradeX PC

  1. Muat turun dan pasang platform

    Simpan fail pemasangan NetTradeX PC di PC anda dan pasangkannya:

    • Klik "Yes" untuk membolehkan program berikut melakukan sebarang perubahan pada PC anda dan klik "Next"
    • Klik "Next" untuk memulakan pemasangan
    • Pilih bahasa antara muka terminal daripada senarai dan klik "Next"
    • Pilih fail pada PC anda untuk memasangnya dengan memilihnya dan Klik "Next"
    • Pilih kumpulan program dan Klik "Next"
    • Pilih shortcuts untuk dilakukan dengan menandakan pada ruangannya dan Klik "Next"
    • Klik "Next" sesudah anda bersedia untuk memasang program berikut
    • Tandakan ruangan "Run trade terminal" dan klik "Finish"
  2. Tambah log masuk sedia ada
    • Pilih "Fail" - "Tambah daftar masuk sedia ada" daripada bar menu terminal NetTradeX
    • Masukkan log masuk anda dan klik "Next." Sila, beri perhatian jika akaun Sebenar nombornya akan bermula dengan abjad "r".
    • Pilih jenis akaun (Sebenar/Demo) daripada senarainya dan klik "Next"
    • Tandakan ruangan "Simpan kata laluan", lengkapkan kata laluan anda dan klik "Next"
    • Masukkan nama ruang kerja baru (jika dikehendaki), pilih contoh yang diminati dan klik "Finish"
  3. MetaTrader 4 PC

    1. Muat turun dan pasang platform

      Simpan fail pemasangan MetaTrader 4 PC di dalam PC anda dan pasangkannya:

      • Klik "Yes" untuk membolehkan program melakukan perubahan di PC anda
      • Klik "Next" untuk memulakan pemasangan
      • Bersetuju dengan Persetujuan pelanggan dengan menandakan ruangan "I agree..." dan klik "Next"
      • Pilih fail di PC anda untuk pemasangan, tandakan ruangan "Create a desktop shortcut" serta "Run the program once installed" dan klik "Next"
      • Klik "Finish" untuk menutup tetingkap pemasangan
    2. Tambah log masuk sedia ada
      • Pilih "File" – "Login to Trade account" daripad bar menu MetaTrader 4
      • Masukkan log masuk MetaTrader akaun dan kata laluan. Sila pastikan anda menulis nama server yang bersesuaian dengan akaun anda - "IFCMarkets-Real" untuk akaun sebenar dan "IFCMarkets-Demo" untuk akaun demo. Tandakan ruangan "Save account information" (jika dikehendaki) dan klik "Login".

    MetaTrader 5 PC

    1. Muat turun dan pasang platform

      Simpan fail pemasangan MetaTrader 5 PC di dalam PC anda dan pasangkannya:

      • Klik "Yes" untuk membolehkan program melakukan perubahan di PC anda
      • Klik "Next" untuk memulakan pemasangan
      • Bersetuju dengan Persetujuan pelanggan dengan menandakan ruangan "I agree..." dan klik "Next"
      • Pilih fail di PC anda untuk pemasangan, tandakan ruangan "Create a desktop shortcut" serta "Run the program once installed" dan klik "Next"
      • Klik "Finish" untuk menutup tetingkap pemasangan
    2. Tambah log masuk sedia ada
      • Pilih "File" – "Login to Trade account" daripad bar menu MetaTrader 5
      • Masukkan log masuk akaun MetaTrader 5 dan kata laluan. Sila pastikan anda menulis nama server yang bersesuaian. Seterusnya, tandakan ruangan "Save account information" (jika dikehendaki) dan klik "Login".

Sahkan Profile

Pengesahan profile diperlukan bagi pelanggan yang ingin melakukan deposit melalui Kad Kredit/Debit dan pengeluaran ke Akaun bank.

Untuk mengesahkan Profile, sila pergi ke 'Profil' - 'Sahkan Profile' untuk IFCMARKETS. CORP. (BVI FSC). Untuk mengirim permintaan pengesahan, lengkapkan borang IFCMARKETS. CORP.:

  • Tarikh lahir;
  • Salinan Dokumen Pengenalan apa pun - umuat naik salinan Dokumen pengenalan rasmi/sah, seperti passport, Kad Pengenalan, lesen memandu, dan lain-lain;
  • Alamat - sertakan alamat penempatan semasa, termasuk jalan, rumah/blok dan nombornya;
  • Bandar - sertakan nama bandar penempatan semasa;
  • Negeri/Wilayah – sertakan daerah/negeri/wilayah tempat tinggal semasa Anda;
  • Poskod - sertakan poskod penempatan semasa;

Borang yang tidak sempurna boleh disimpan untuk tujuan menyempurnakannya pada masa akan datang, jika sekiranya anda tidak memiliki kesemua maklumat pada masa berikut.

Sesudah melengkapkan borang berikut, sila klik pada "Simpan semasa". Jabatan Kewangan kami akan menyemak dan memproses permohonan anda secepat mungkin.

Deposit ke akaun dagangan

Kaedah Deposit Umum

Untuk melakukan deposit, sila, masuk ke profil Anda dan klik ‘Deposit’. Pada jadual yang terbuka pilih kaedah yang digemari yang ditawarkan dan ikuti panduannya. Jika pembayaran anda telah berjaya, anda akan mendapat pengesahan E-mel daripada syarikat kami. Jika pembayaran anda ditolak, sila hubungi Sokongan pelanggan kami.

Pengeluaran dana

Untuk membuat pengeluaran dana daripada akaun dagangan, sila pergi ke tab "Akaun" dan pilih "Akaun saya". Klik butang "Pengeluaran", pada akaun yang anda ingin lakukan pengeluaran dan daripada senarai kaedah pengeluaran pilih kaedah yang dikehendaki. Selepas memilih kaedah pengeluaran, halaman “Pengeluaran daripada akaun” akan terpapar dengan borang yang perlu dilengkapkan dengan butiran jumlah pengeluaran dan penerima pembayaran bank akaun atau pilih sistem pembayaran. Selepas melengkapkan ruangan yang diperlukan di dalam borang berikut, sila klik butang “Seterusnya”.

Jabatan Kewangan syarikat kami akan menyemak dan memproses permohonan anda secepat mungkin pada waktu berkerja. Jika Pengeluaran/pemindahan dalaman ditolak, sila hubungi Sokongan Pelanggan kami.

Selepas menghantar permohonan pengeluaran anda boleh memantau status prosesnya di dalam tab "Sejarah", jadual "Pengeluaran":

  • Aktif - permohonan berikut diterima, tapi belum dilaksanakan
  • Memproses - permohonan sedang disemak
  • Batal - permohonan dibatalkan oleh pemilik akaun
  • Ditolak - permohonan ditolak
  • Dilaksanakan - permohonan dilaksanakan
  • Belum selesai - permohonan menanti pengesahan pembayaran baru
  • Ralat- ralat di dalam permohonan

Anda boleh membatalkan mana-mana permohonan jika sekiranya statusnya "Aktif". Anda boleh pergi ke tab "Akaun" dan pilih "Sejarah", dimana anda boleh memantau butiran pengeluaran anda (Nombor rujukan Pemindahan Bank, Kod perlindungan WebMoney, sebab permohonan diolak dan maklumat lain) di dalam lajur "Komen". Pada senarai yang terbuka, anda boleh menapis senarai berikut dengan butang Status.

Pindah diantara Akaun Dagangan sendiri

Anda boleh memindahkan dana daripada satu akaun Sebenar kepada yang lain (tidak kira platform).

Untuk membuat pemindahan dalaman, sila log masuk ke Profile anda, pergi ke tab Akaun dan pilih Akaun saya – pilihan akaun Sebenar. Di dalam jadual yang terbuka klik butang Pengeluaran sebaris dengan akaun, dari mana anda inigi memindahkan dana. Senarai kaedah pengeluaran akan terpapar. Pilih Pemindahan dalaman dan klik butang Pengeluaran.


Halaman pengeluaran daripada akaun dengan borang yang harus dilengkapkan jumlah pengeluaran dan pilihan akaun yang ingin dipindahkan kepada akan terpapar.

  • Pilih nombor akaun
  • Disediakan untuk pengeluaran – jumlah maksimum disediakan untuk pemindahan
  • Jumlah pengeluaran – jumlah pemindahan di dalam mata wang baki akaun
  • Komen di dalam Bahasa Inggeris – ruangan pilihan
  • Akaun – nombor akaun, ke mana dana akan dipindahkan

Setelah itu, klik "Seterusnya".

Permohonan pengeluaran anda akan dipertimbangkan dan dilaksanakan oleh Jabatan Kewangan dalam tempoh satu jam (ketika waktu bekerja). Di dalam situasi kegagalan permohonan pengeluaran, sila hubungi Sokongan Pelanggan.

Anda boleh memantau status permohonan anda di tab Sejarah – jadual Pengeluaran. Anda boleh batalkan permohonan, jika statusnya masih aktif.

Tetapan akaun dagangan

Tetapan parameter akaun dagangan (leverage dan jenis akaun) dilakukan berdasarkan pada permintaan/permohonan pedagang, dan disemak serta diproses oleh Jabatan Kewangan.


Untuk membuat permohonan, sila pergi ke "Akaun", pilih "Akaun Saya" dan klik "Ubah" di dalam jadual akaun dagangan. Di dalam ruangan jenis Akaun sila pilih jenis akaun baru atau di ruangan Leverage - Leverage baru. Sahkan pilihan anda dengan menekan butang Seterusnya dan permohonan anda akan dihantar.

Anda boleh membiayaai akaun Demo anda daripada Profile, jika ia dibuka di sana. Pergi ke "Akaun" dan pilih "Akaun Saya" dan pergi ke "Akaun Demo". Seterusnya, pilih Demo akaun yang dikehendaki (anda boleh memiliki 3 akaun Demo di dalam Profile anda), klik pada "Deposit" dan sertakan jumlah yang dikehendaki.

Jabatan kewangan kami akan menyemak permohonan anda dan akan memproses permohonan anda secepat mungkin pada waktu berkerja Jabatan Kewangan.

Di bahagian "Akaun" di bawah tab "Sejarah" baris baru dengan status "Aktif" akan terpapar. Anda boleh membatalkan permohonan anda ketika ia aktif.

Ubah kata laluan akaun dagangan

Kata laluan akaun dagangan yang digunakan untuk mengakses akaun dagangan NetTradeX atau MetaTrader 4|5 hanya boleh diubah oleh Jabatan Kewangan berdasarkan pada permohonan pedagang.


Untuk mengubah kata laluan akaun dagangan anda boleh menggunakan borang reset kata laluan. Kata laluan baru akan dihantar ke alamat E-mel, yang dinyatakan ketika pendaftaran Profile.


Sesudah anda menerima kata laluan dagangan baru, sila simpannya di tempat yang selamat dan padam mesej berikut untuk mengelakkannya disalah guna oleh pihak tertentu.


Ubah kata laluan Profile

Kata laluan Profile boleh dimohon pada bila-bila masa dikehendaki, jika anda tidak menyukai kata laluan semasa atau sudah dilupai.


Jika anda lupa kata laluan Profile, klik pada "Lupa kata laluan?" ketika log masuk dan ikuti langkah memulihkannya. Sesudah anda mengikuti langkah berikut, e-mel berserta link untuk membuat kata laluan baru akan dihantar.

Hubungi